Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Peniaga serang lelaki ditahan



Kuala Terengganu: Polis menahan seorang peniaga yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap seorang lelaki di Pasar Buah Sura Gate, Dungun, Selasa lalu.

Jurucakap Polis Kontinjen Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 Superintendan Koh Ah Tiam berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan polis di rumahnya di bandar Dungun kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dipercayai terbabit menyerang mangsa berusia 56 tahun sehingga cedera di kepala dan badan.


Katanya, suspek sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun kelmarin, dan dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Bagaimanapun, suspek yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000,” katanya.

No comments:

Post a Comment