Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Peniaga mi cincang mayat kekasih homoseks



Bangkok: Seorang peniaga mi dituduh membunuh seorang kerani bank dan mencincang mayat mangsa kepada beberapa bahagian sebelum mencampaknya ke dalam tali air kering, minggu lalu.

Pradit Suwannaphak, 36, ditahan di rumahnya di Uthai Thani di daerah Muang semalam. Kaki dan perut mangsa, Kriangkrai Khwan-on, 24, ditemui 18 April lalu.


Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Nares Nonthachote berkata, Pradit mengaku melakukan kekejaman itu.

Penyiasat berkata, mereka menemui beg plastik serupa dengan yang digunakan untuk mengisi anggota tubuh mangsa. Menurut peniaga mi itu, dia menjalinkan hubungan homoseks dengan mangsa selama kira-kira setahun selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.


Pradit memberitahu penyiasat, dia memberikan ratusan ribu baht kepada Kriangkrai. Pada malam pembunuhan, mangsa datang meminta 20,000 baht (RM2,000) untuk menjalani pembedahan hidung tetapi lelaki itu enggan memberikannya.


Kriangkrai mengancam menyebarkan klip video yang menunjukkan mereka mengadakan seks. Ini menyebabkan Pradit menembak mangsa di kepala. - BP

No comments:

Post a Comment