Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Pengedar dadah dihukum mati



Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja syarikat perabot dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar 9.88 kilogram heroin di lot tempat letak kereta di sebuah hotel lima bintang di sini, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, Low Thiam Teck gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Low, 42, dan dua lagi pada awalnya dibebaskan pada akhir kes pendakwaan tetapi diperintah membela diri oleh Mahkamah Rayuan selepas pihak pendakwaan berjaya dalam rayuannya.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang hukuman terhadap dua lagi, Tin Kee Cheong, 36, dan Lum Mun Seng, 50, berikutan polis gagal mengesan mereka.


Low dituduh mengedar dadah itu di tempat letak kereta Hotel Mandarin Oriental, Jalan Pinang, di sini, pada jam 8.10 malam, 14 Mei 2007.


Low diwakili peguam Affifudin Afifi manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Monica Linsua. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment