Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Pengebom Boston mahu serang New York




PARA peserta acara larian korporat Mercedes-Benz yang berlangsung semalam dikawal ketat pasukan polis Bandar Miami selepas kejadian pengeboman acara Marathon Boston pada 25 April 2013.


NEW YORK - Dua pengebom acara Maraton Boston merancang mengebom dataran Times Square di sini tetapi komplot tersebut gagal ekoran kereta yang mereka rampas kehabisan petrol, kata pihak berkuasa.
Komisioner Polis New York, Raymond Kelly berkata, Dzhokhar Tsarnaev yang masih terbaring di katil hospital memberitahu polis bahawa dia dan abangnya memutuskan untuk menyerang kota metropolitan ini pada minggu lalu.
Menurutnya, mereka memiliki lima bom paip dan baki sebuah periuk tekanan berisi bahan letupan yang digunakan untuk meletupkan acara maraton tersebut.
"Mereka membincangkan komplot tersebut semasa berada di dalam kereta yang dirampas selepas menembak mati seorang anggota polis di Institut Teknologi Massa," kata Kelly.
"Komplot itu, bagaimanapun, gagal apabila kereta yang mereka naiki kehabisan petrol," tambahnya.
Adik-beradik tersebut, kata Kelly, kemudian mengarahkan pemandu kenderaan itu berhenti di sebuah stesen minyak.
"Pemandu itu berjaya melarikan diri dan menghubungi polis," jelas Kelly.
Satu kejadian tembak-menembak kemudian berlaku dengan Tamerlan, 26, terbunuh manakala adiknya, Dzhokhar ditangkap sehari selepas itu.
"Kami tidak pasti sama ada kami dapat menghalang kedua-dua pengganas ini sekiranya mereka tiba di sini," kata Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg.
"Kami bersyukur kerana kami tidak perlu mencari jawapan kepada soalan tersebut," tambahnya.
Dzhokhar, 19, didakwa melakukan pengeboman Maraton Boston yang menyebabkan tiga orang terbunuh manakala lebih 260 yang lain cedera.
Dia boleh dihukum mati jika didapati bersalah.
Pihak berkuasa menyatakan, adik-beradik Tsarnaev itu yang menetap di Amerika Syarikat sekitar sedekad bertindak demikian kerana marah tentang pembabitan AS dalam perang di Iraq dan Afghanistan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2RcROKHsD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment