Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Pendatang dari Maghribi rempuh sempadan Sepanyol



27/04/2013 2:45am

MADRID - Sekumpulan pendatang dilaporkan telah menceroboh pagar sempadan Maghribi untuk wilayah Sepanyol hingga menyebabkan pertempuran dengan para pengawal dan mengakibatkan sembilan orang cedera, kata pihak berkuasa hari ini.
Insiden pendatang yang merempuh dan memanjat pagar setinggi enam meter pada Khamis lalu itu adalah yang terbaru dalam siri percubaan untuk menjejakkan kaki ke tanah Eropah melalui Melilla, sebuah daerah Sepanyol yang bersempadan dengan Maghribi di pantai Mediterranean.
Kerajaan tempatan Sepanyol berkata dalam satu kenyataan bahawa antara 150 hingga 200 pendatang menggunakan tangga untuk memanjat pagar di sempadan tersebut dan kira-kira 70 orang berjaya melepasinya.
Kenyataan itu juga memberitahu, pakar perubatan telah merawat enam pendatang dan anggota polis yang mengalami kecederaan ringan serta dua orang pengawal awam yang telah digigit.
Menurut pihak berkuasa Sepanyol, beratus-ratus pendatang Afrika telah cuba memasuki wilayah itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan menceroboh pagar atau menyusup masuk dengan bot. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2RcUIIgmT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment