Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Maut jatuh pokok ketika pasang bendera



PONTIAN 10 April - Seorang sukarelawan sebuah parti politik maut selepas terjatuh dari sebatang pokok rambutan ketika memasang bendera di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini, semalam.

Mayat Abd. Jalil Buyamin, 58, yang mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala ditemui dalam longkang berhampiran rumah ibunya oleh sekumpulan pelajar sekolah yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Isteri mangsa, Khatijah Md. Dom, 51, berkata, dia mengetahui tragedi menimpa suaminya selepas dimaklumkan oleh seorang kenalan arwah dan juga saudaranya semasa sedang membersihkan halaman rumah di Taman Sentosa, Pekan Nanas.

"Pagi tadi (semalam), suami menghantar anak kami belajar komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd. Yunos Sulaiman sebelum ke rumah ibunya di Jalan Sawah.

"Biasanya dia akan pergi ke rumah ibu mertua sementara menunggu anak bongsu kami yang belajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas itu tamat kelas komputer," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130411/dn_09/Maut-jatuh-pokok-ketika-pasang-bendera#ixzz2Q9OT3snb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment