Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Mahkamah Tinggi India tolak pembedahan kembar wanita



11/04/2013 4:07am

NEW DELHI - Mahkamah Tinggi India semalam menolak pembedahan segera ke atas kembar wanita yang berusia 17 tahun atas alasan prosedur ke ata mereka memerlukan pandangan pakar perubatan yang lebih arif.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mengambil kira keadaan kembar itu yang berkongsi saluran darah ke bahagian penting otak dan hanya seorang daripada mereka mempunyai buah pinggang.
“Masih tiada petunjuk positif pakar perubatan yang dapat menjamin kedua-dua mereka akan selamat dalam pembedahan itu diperoleh ketika ini,” kata pihak mahkamah.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan kerajaan negeri membayar 5,000 rupee (RM278) sebulan kepada keluarga kembar tersebut untuk membiayai perbelanjaan perubatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2Q6LfigQy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment