Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Mahkamah kekal undang-undang larang hubungan seks sama jenis



Singapura: Aktivis hak asasi manusia berang semalam selepas Mahkamah Tinggi Singapura menolak petisyen supaya undang-undang melarang hubungan seks sejenis dipinda.

Dalam keputusan dikeluarkan kelmarin, hakim Quentin Loh berkata, terserah kepada Parlimen untuk meminda peruntukan kontroversi dikenali sebagai Seksyen 377A - dalam Kanun Acara Jenayah Singapura.


“Tidak dinafikan isu ini begitu mencabar dan penting, tetapi pada pandangan saya, ia tidak membenarkan campur tangan undang-undang sebelum perubahan demokratik dilakukan,” katanya. Loh berkata, cara terbaik bagi menentukan isu moral adalah melalui bidang legislatif.

Seksyen 377A digubal pada zaman British dan kini ia dipertikaikan kumpulan gay di Singapura.


Mengikut peruntukan undang-undang, pesalah homoseks boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun.


Walaupun ia tidak dikuatkuasakan secara aktif oleh pihak berkuasa bagi pasangan gay jika dilakukan di tempat tertutup, ia menjadi halangan kepada kumpulan homoseksual yang mengingini pembaruan sosial di Singapura. - AFP

No comments:

Post a Comment