Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Lelaki mati ditembak ketika bersarapan




MUTHAZAGAL mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki ketika sedang bersarapan di sebuah warung di Taiping, Perak semalam.


TAIPING - Seorang lelaki yang sedang menikmati sarapan pagi maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian yang turut disaksikan lebih 20 pelanggan di sebuah warung di Dataran Pasar, Simpang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, kejadian pukul 9.05 pagi itu mengakibatkan A. Muthazagal, 46, mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di belakang kepalanya.
Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang terus melepaskan tembakan.
"Suspek yang memakai baju T dan berseluar panjang itu kemudian melarikan diri ke seberang jalan dan menaiki sebuah motosikal jenis Yahama Ego berwarna hitam yang ditunggang oleh seorang lelaki lain," katanya kepada Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2QZbSoEU0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment