Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Lelaki buat bising dikeroyok


Chukai: Tindakan seorang lelaki sengaja membuat bising bunyi enjin kenderaan di hadapan satu majlis santai dihadiri 30 orang membawa padah apabila dia ditumbuk dan disepak dalam kejadian jam 10 malam di FELDA Neram, di sini, malam kelmarin.

Berikutan itu, lelaki terbabit berusia 48 tahun yang juga peneroka cedera di muka dan kaki.


Sumber berkata, sebelum kejadian, sekumpulan ahli parti terbabit berusia 20 hingga 50 tahun mengadakan majlis santai di kawasan berkenaan yang dihadiri 30 orang.

“Tindakan mangsa yang dianggap kurang ajar kerana tidak menghormati majlis berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung majlis itu yang kemudian menegur tindakan mangsa supaya tidak berbuat demikian.


“Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan teguran sebaliknya menguatkan bunyi enjin kenderaan beberapa kali menyebabkan dua lelaki di majlis berkenaan masing-masing berusia 36 dan 43 tahun membelasahnya,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 11.30 malam hari sama.

No comments:

Post a Comment