Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Korban runtuhan mencecah 300 orang



PENDUDUK sekitar Plaza Rana dan saudara-mara mangsa sedang membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa yang masih tertimbus di Savar - AP


SAVAR, Bangladesh - Angka korban bangunan runtuh di sini meningkat kepada lebih 300 orang ketika operasi menyelamat masuk hari ketiga sema lam.
Ketua Perkhidmatan Bomba Kebangsaan, Ahmed Ali semasa memberitahu AFP berkata, pasukan penyelamat kini meningkatkan usaha mencari mangsa yang masih hidup.
Usaha tersebut dibuat susulan ke nyataan jurucakap tentera, Shahinul Islam yang menyatakan, jumlah mereka yang terkorban sehingga semalam men cecah 304 orang.
Tambah Shahinul, lebih 2,300 orang berjaya diselamatkan sejak Rabu lalu.
Pihak berkuasa menyatakan, terdapat banyak lagi mayat yang terperangkap di dalam timbunan runtuhan ekoran bau busuk yang kuat.
Bangunan lapan tingkat itu, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk pasar raya dan kilang pakaian.
Sementara itu, polis Bangladesh semalam bertempur dengan kumpulan pekerja kilang pakaian yang menunjuk perasaan ekoran kematian rakan-rakan mereka.
Polis menembak gas pemedih mata dan peluru getah ke arah kumpulan pekerja itu apabila mereka menghalang jalan dan menyerang kilang-kilang serta bas sekitar Dhaka.
"Situasi amat panas. Beratus-ratus pekerja menyertai bantahan tersebut," kata seorang pegawai di bilik kawalan polis di Gazipur, M. Asaduzzaman kepada AFP.
Kemalangan tersebut didakwa berpunca daripada masalah sistem keselamatan dan keadaan tempat kerja kurang sempurna yang melanda industri tekstil Bangladesh.
Kebanyakan pengusaha kilang di Bangladesh turut mengisytiharkan semalam sebagai cuti ekoran bantahan hebat daripada para pekerja dan bimbang berlaku kerosakan.
Bangladesh mempunyai 4,500 kilang pakaian dan merupakan pengeksport tekstil kedua terbesar di dunia selepas China.
Dalam pada itu, pihak berkuasa kini memburu pemilik bangunan dan kilang tersebut selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji membawa mereka ke muka pengadilan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2RcPpLUpm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment