Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Konvoi datuk bandar diserang menjelang pilihan raya




Abdul Malik terlantar di sebuah hospital di Bandar Iligan, Pulau Mindanao semalam.


MANILA - Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah seorang datuk bandar yang berkempen dalam pilihan raya di Filipina tempatan dengan menyebabkan 12 orang termasuk anak perempuannya terbunuh, lapor beberapa pegawai keselamatan semalam.
Jenayah dan penggunaan senjata berleluasa di Filipina manakala keganasan politik terutamanya pada musim pilihan raya dianggap sebagai perkara lumrah.
Datuk Bandar Nunungan, Abdul Malik Manamparan dalam perjalanan pulang selepas berkempen di sebuah kampung lewat kelmarin apabila kumpulan lelaki bersenjata tersebut menyerang konvoi mereka.
Beliau cedera dalam serangan tersebut.
"Motif serangan dipercayai politik atau perang antara puak," kata komander tentera wilayah berkenaan, Brigedier Jeneral Daniel Lucero.
Abdul Malik merupakan ahli parti politik yang bersekutu dengan parti pemerintah Filipina.
Sementara itu, pihak istana presiden mengutuk serangan tersebut yang berlaku menjelang pilihan raya umum di Filipina pada 13 Mei depan.
Pada pilihan raya tersebut, rakyat akan memilih seramai 12 Senator, 289 perwakilan Dewan Rendah Kongres di samping memilih lebih 17,000 wakil rakyat tempatan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2RcQHxA3N 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment