Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Kerana RM50, dua rakyat asing diusir ke negara asal



PUTRAJAYA 9 April - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dua lelaki warganegara asing untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap mereka atas kesalahan menyembunyikan wang RM50 milik seorang pekedai.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun memerintahkan warga Turki, Ali Burak Coskundeniz, 31, dan rakyat Iran, Rouhollah Ghasem Khan Hassankiadeh, 34, diusir serta-merta ke negara asal masing-masing.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebulat suara membuat perintah tersebut selepas permit kedua-duanya untuk memasuki negara ini tamat tempoh.
Kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang mengenakan denda RM1,000 atau penjara tiga bulan terhadap mereka. Kedua-duanya membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba manakala peguam-peguam Karpal Singh dan Zaleha Al-Hayat mewakili kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130409/ma_06/Kerana-RM50-dua-rakyat-asing-diusir-ke-negara-asal#ixzz2Q9TNGfmH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment