Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Indonesia miliki 4 juta penagih dadah



Jakarta: Kajian yang dijalankan Universiti Indonesia dan Biro Narkotik Nasional (BNN) pada 2012 mendapati terdapat hingga empat juta penagih dadah di Indonesia.

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan berusia antara 10 dan 59 tahun.


“Mereka memerlukan pemulihan dari segi sosial dan perubatan. BNN kini berusaha menggalakkan pentadbiran tempatan menyediakan klinik pemulihan penagih,” kata ketua biro itu, Komander Jeneral Anang Iskandar di Mataram, semalam.

Menurutnya, pemulihan amat penting bukan sahaja untuk memulihkan mereka tetapi juga untuk mengurangkan penyeludupan dadah ke negara itu.


Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Denny Indrayana berkata, sehingga April, Indonesia mempunyai 52,661 pesalah dan tahanan yang terlibat dengan dadah.


Daripada jumlah itu, 14,154 orang ialah penagih dadah dan bakinya pengedar.

Mereka ditahan di 550 penjara di seluruh negara.


“Penyalahgunaan dadah terus menunjukkan peningkatan. Sepanjang Januari hingga April, terdapat peningkatan 10 peratus dalam penyalahgunaan dadah berbanding dengan tahun lalu,” kata Denny. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment