Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Ibu negara dilanda banjir kilat


 
Foto
Pengguna jalan raya di Jalan Raja Chulan berdekatan Muzium Telekom meredah banjir apabila hujan lebat melanda ibu negara, semalam. - Foto Yusof Mat Isa

Foto
Banjir kilat di ibu negara menyebabkan kenderaan terperangkap. - Foto Yusof Mat Isa

Kuala Lumpur: Hujan lebat hampir sejam menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat termasuk empat kereta ditenggelami air di Jalan Raja Chulan, di sini, petang semalam.

Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor, turut mengalami banjir kilat hingga air mencecah satu meter sebelum keadaan kembali pulih sejam kemudian. Berikutan banjir kilat, hampir kebanyakan laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya mula menerima beberapa panggilan bermula jam 5.55 petang memaklumkan beberapa lokasi mengalami banjir kilat.

Katanya, antara lokasi terbabit ialah Titiwangsa, Kampung Baru, Jalan Rumbia dan Maharajalela di Bukit Bintang, sekitar Kompleks Wilayah Dang Wangi, Jalan Padang Tembak dan Jalan Semarak serta Jalan Raja Chulan.

“Lokasi paling teruk ialah Jalan Raja Chulan sehingga menyebabkan empat kereta yang diletakkan di bahu jalan ditenggelami air sehingga paras tingkap,” katanya.

No comments:

Post a Comment