Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

Ibu bapa William risau anak diculik

WILLIAM





PETALING JAYA - Kehilangan William Yau Zheng Zhong pada 16 Januari lalu menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu menghantar dua lagi adik-beradik mangsa pulang ke Melaka kerana keluarga itu bimbang kemungkinan ada rancangan untuk menculik ahli keluarganya.
Menurut ibu William, Goh Ying Ying, 26, keputusan untuk menghantar Eric Yau Zhen Ming, 7, dan Cindy, 1, ke rumah ibunya pada malam kejadian dibuat oleh suaminya, Yau Kok Kang, 32.
"Suami saya risau jika berlaku apa-apa perkara kerana kami tidak pasti sama ada kehilangan William adalah rancangan untuk menculiknya atau sebaliknya," kata wanita itu semasa prosiding inkues kematian William, 6, di Mahkamah Koroner di sini semalam.
William dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di hadapan kedai elektrik Onking, Putra Heights, Subang Jaya ketika ibu bapa mangsa singgah di kedai tersebut dengan meninggalkan anak- anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda Hilux.
Kehilangan William mendapat liputan meluas media.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2REmPMJhK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment