Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Hospital psikiatri terbakar: 38 terbunuh



Moscow: Satu kebakaran dengan pantas membakar sebuah hospital psikiatri di luar Moscow awal pagi semalam membunuh 38 orang, kebanyakannya di katil, kata pihak berkuasa.

Bangunan batu dan kayu hospital setingkat itu menempatkan pesakit yang mengalami masalah mental.


Seorang pegawai kementerian kecemasan berkata, kebakaran bermula di ruang kayu tambahan sebelum merebak ke bangunan batu yang mempunyai alang kayu.

Pesakit dirawat dengan sedatif dan kebanyakan mereka tidak sedarkan diri, kata Yuri Deshevykh daripada kementerian kecemasan kepada RIA Novosti. 29 orang terbakar hidup-hidup, menurut jurucakap Jawatankuasa Siasatan Russia, Irina Gumennaya.


Polis berkata, 38 orang, termasuk 36 pesakit dan dua doktor maut. Mereka berkata, seorang jururawat berjaya melarikan diri dan menyelamatkan seorang pesakit, manakala seorang lagi pesakit dapat keluar sendiri. Perkhidmatan kecemasan turut memuat turun senarai pesakit yang menunjukkan mereka berusia antara 20 hingga 76 tahun. Irina berkata kebanyakan pesakit maut di katil mereka. - AP

No comments:

Post a Comment