Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Hogan dakwa wangnya AS$34 juta lesap



SYDNEY - Bintang filem Crocodile Dundee, Paul Hogan mengambil tindakan undang-undang di sebuah mahkamah Amerika Syarikat selepas wang simpanannya berjumlah AS$34 juta (RM103 juta) dalam akaun bank Switzerland didakwanya telah disalah urus, kata beberapa laporan semalam.
Aktor yang terkenal menerusi wataknya sebagai pemburu buaya dalam filem tersebut pada tahun 1986 berkata, seorang penasihat cukai, Philip Egglishaw telah menghilangkan diri dengan wang tersebut.
Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan, dokumen sebuah mahkamah daerah di California menyatakan, Egglishaw dituduh melarikan semua wang Hogan.
Pendakwaan tersebut difailkan oleh wakil aktor kelahiran Australia itu, Schuyler 'Sky' Moore.
Akhbar The Australian berkata, wang tersebut disimpan di Bank Corner di Lausanne, Switzerland dan diuruskan oleh sebuah firma dari Geneva, Strachans.
Egglishaw merupakan rakan kongsi di firma berkenaan.
Pada tahun lalu, Hogan berjaya menyelesaikan pertikaiannya dengan Pejabat Cukai Australia melibatkan cukai berjuta-juta dolar.
Sebelum ini, pihak berkuasa negara ini memburu Hogan dan rakan subahatnya, John Cornell kerana mereka tidak menjelaskan cukai, denda dan faedah sejak tahun 1980-an yang melibatkan sebanyak AS$156 juta (RM474.5 juta). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2QZaejSbP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment