Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Guru nampak Nayati diculik



KUALA LUMPUR - Seorang guru yang mengajar di Mont Kiara International School memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia mendengar jeritan kuat sebelum melihat seorang budak lelaki ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Proton Gen2 pada pagi 27 April tahun lalu.
Jonathan Robert Daley, 38, berkata, dia cuba mengejar kenderaan tersebut dan sempat menendang bahagian pintu sebelah pemandu namun terpaksa mengelak ke tepi selepas cuba dilanggar oleh kenderaan berkenaan.
"Pada waktu itu saya tidak tahu siapa kanak-kanak yang diculik sama ada budak sekolah rendah atau lebih tua," katanya dalam bahasa Inggeris semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran.
Guru tersebut memberi keterangan dalam perbicaraan kes Nayati Shamelin Moodliar, 12, warga Belanda yang diculik dan dikurung sebelum dibebaskan seminggu kemudian di kawasan Hentian Sebelah Rawang di Lebuh raya Utara-Selatan selepas ahli keluarga mangsa membayar tebusan RM300,000.
Tiga tertuduh yang didakwa melakukan jenayah itu ialah Foong Khar Fai, 19, Chong Tat Siong dan Lee Pkah Seng masing-masing berusia 24 tahun didakwa menculik Nayati di hadapan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada pukul 7.30 pagi, 27 April 2012.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2QZbnNkUL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment