Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Ganja 13kg dirampas



Bali: Polis merampas 13.1 kilogram marijuana didakwa milik seorang penduduk Jakarta di sebuah bilik sewa di Denpasar, semalam.

Ketua Unit Narkotik Polis Denpasar, Joko Hariadi berkata, polis menyerbu bilik sewa di Jalan Glogor Carik itu dan menemui lima beg plastik mengandungi daun marijuana kering dan basah.


“Polis juga menyoal siasat seorang lelaki dikenali sebagai Andre atau Adriansyah Putra Luis yang pada peringkat awal tidak mengakui dadah itu miliknya,” katanya. Berdasarkan maklumat, kata Joko, polis yakin Andre adalah seorang daripada pengedar marijuana di Bali. Sebuah bungkusan seberat 16 kilogram berisi marijuana dibawa masuk ke Bali dengan perkhidmatan bas melalui Gilimanuk pada 2 April lalu.

Polis percaya bungkusan itu tidak diperiksa anggota keselamatan di satu daripada pintu masuk utama ke pulau peranginan berkenaan. Kata Joko, polis percaya Andre sempat menjual dua kilogram dadah itu dan bakinya masih disimpan di bilik sewanya. “Andre seorang pengedar dadah dan berada di Bali selama dua bulan.


“Dia menerima bayaran bagi setiap satu kilogram yang terjual,” katanya. Menurut Joko, polis sedang memburu dua lelaki di Jakarta dikenali sebagai Ocha dan Raden yang dipercayai membekalkan dadah itu. - AFP

No comments:

Post a Comment