Search This Blog

Tuesday, April 9, 2013

Empat pekerja restoran ditahan dadah



KUANTAN: Empat pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Brinchang, Cameron Highlands semalam.

Dalam serbuan 3.20 petang itu polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 32.14 gram dan syabu 5.63 gram selain beberapa peralatan menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.

"Semua suspek disahkan positif penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hasil maklumat awam.

No comments:

Post a Comment