Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

Empat askar maut semasa mematikan bom




SEORANG askar yang cedera dalam letupan bom di sebuah pangkalan tentera di daerah Bacho, dalam wilayah Narathiwat dibawa ke hospital semalam.


NARATHIWAT - Polis menyatakan, empat anggota tentera terkorban manakala empat yang lain parah semasa mereka cuba mematikan sebutir bom di sebuah pangkalan tentera di wilayah selatan Thailand.
Letupan berlaku selepas beberapa askar mengeluarkan bom yang disembunyikan dalam sebuah tangki gas dan diletakkan di bawah jambatan menuju ke sebuah pangkalan tentera di Narathiwat.
"Mereka sedang memeriksa dan mematikan sebutir bom buatan sendiri apabila bom itu meletup," kata seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Sanit Suwanno.
Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak gerakan pemisah Islam tercetus pada 2004.
Anggota pasukan keselamatan dan mereka yang mempunyai kaitan dengan kerajaan termasuk penduduk Islam yang bekerjasama dengan pihak berkuasa sering menjadi sasaran serangan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2REkdAmDY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment