Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Ekin ditipu dua lelaki beli kereta



Kuala Lumpur: Pelakon yang juga isteri kepada penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi iaitu Nora Asyikin Rahmat, 34, membuat laporan di Balai Polis Cheras kelmarin selepas mendakwa ditipu dua lelaki berhubung urusan penjualan kereta.

Sumber polis berkata, Ekin pada 20 November tahun lalu menjual kereta suaminya jenis Peugeot kepada kedua-dua lelaki terbabit di sebuah bengkel di Cheras Utama pada harga RM37,000.


Katanya, pada awal penjualan, Ekin diberi wang pendahuluan sebanyak RM1,000 manakala baki RM36,000 lagi dijanjikan diberi kemudian selepas proses penukaran hak milik dibuat.

“Namun, kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin), Ekin dihubungi seseorang dan dimaklumkan kereta itu sudah ditukar nama. “Terkejut dengan berita itu, Ekin merasakan tertipu kerana wang dijanjikan belum dilunaskan,” katanya.


Kata sumber, pelakon itu bagaimanapun cuba menghubungi kedua-dua lelaki terbabit namun panggilan telefon tidak dijawab.


“Kesal kejadian berlaku, Ekin hadir ke balai polis membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ekin dan Mawi ketika dihubungi enggan memberikan penjelasan dan menyerahkan kes itu kepada polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.

No comments:

Post a Comment