Search This Blog

Friday, April 5, 2013

Dua pengedar dadah gagal loloskan diri



IPOH: Dua pengedar dadah gagal dalam cubaan meloloskan diri daripada ditahan sepasukan polis dalam 'Ops Buy' ketika mereka dipercayai sedang berurus niaga dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata menyedari kereta mereka dihalang, lelaki berumur masing-masing 23 dan 45 tahun itu merempuh dua kereta polis dalam kejadian pada 2.45 petang Ahad lepas di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau dari arah Gerik menghala ke Kupang.

Beliau berkata anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menghalang dari bahagian hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Stream yang dinaiki suspek.

"Suspek diarah menyerah diri, namun cuba meloloskan diri menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan pada tayar kereta itu bagi memberhentikan kereta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kedua-dua suspek enggan keluar dari kereta dan anggota polis bertindak memecah cermin tingkap bahagian pemandu untuk membuka pintu kereta.

No comments:

Post a Comment