Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Dua melecur tangki najis meletup

Dua melecur tangki najis meletup
Surani menyapu ubat di muka Zakuan yang melecur keseluruhan muka dan sebahagian badan kini dirawat di HAG, Melaka, semalam. - Foto Arifin Salleh 

Masjid Tanah: Dua beranak melecur selepas tangki najis berhampiran rumah mereka di Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini, tiba-tiba meletup selepas dimasukkan kar-baid, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Zakuan Syahmi Zaili, sembilan tahun, melecur di muka, manakala ibunya, Surani Jayali, 48, turut menerima nasib sama akibat disambar api letupan.
Kedua-duanya dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan lanjut sejurus kejadian. Sehingga petang semalam, keadaan mereka terutama Zakuan semakin stabil dan masih menerima rawatan lanjut.


Bakar jentik-jentik

Ketika ditemui di HAG semalam, Surani berkata, sejurus sebelum insiden, dia dan anaknya itu merancang membakar jentik-jentik di dalam tangki berkenaan kerana tidak tahan dengan gangguan nyamuk yang banyak.

“Ketika memasukkan ketulan karbaid, saya menyalakan api pada sehelai kertas manakala Zakuan pula mencangkung di hadapan tangki sambil membuka penutupnya. Entah macam mana tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan anak saya tercampak kira-kira tiga meter.

“Saya pula terpelanting jauh ke belakang. Sebaik sedar, saya melihat Zakuan terbaring mengerang kesakitan,” katanya.
Tudung melekat di muka

Surani berkata, dalam keadaan panik itu dia segera mendukung anaknya bergegas masuk ke bilik air rumah.

Katanya, ketika itu dia dapat merasakan tudung dipakainya melekat pada kulit muka Zakuan yang melecur sambil tidak henti mengerang kesakitan.

“Sejurus kemudian, seorang jiran datang membawa kami ke HAG untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Masjid Tanah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu. 

No comments:

Post a Comment