Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Dua maut, 23 cedera letupan di Maraton Boston




BOSTON, Massachusetts - Sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dan 23 cedera dalam dua letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang berlangsung di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) pagi tadi.

Setakat ini pihak polis masih belum mengenalpasti dalang di sebalik letupan yang berlaku manakala media-media tempatan melaporkan bahawa beberapa alat peledak yang tidak meletup telah ditemui di kawasan berhampiran kejadian berkenaan.

Insiden dan jumlah kematian serta kecederaan akibat serangan berkenaan disahkan oleh pihak polis Boston dalam kemaskini Twitter rasminya.

Sebuah rakaman video letupan yang berlaku turut telah dimuatnaikkan di laman perkongsian video Youtube.

Sementara itu, pihak berkuasa menyatakan bahawa Presiden AS, Barack Obama telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan dan pentadbiran beliau dilaporkan sedang berhubung dengan agensi-agensi tempatan mengenainya. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_08/Dua-maut-23-cedera-letupan-di-Maraton-Boston#ixzz2Qa1Iuz3Q
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment