PETUGAS NPE mengawal lalu lintas di laluan yang ditenggelami air, semalam. |
Banjir kilat akibat longkang yang tidak diselenggara itu kerap berlaku apabila hujan lebat melanda kawasan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Jurucakap New Pantai Expressway Sdn Bhd berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat bermula jam 4.37 petang ketika hujan lebat dan air mula surut jam 6.25 petang.
“Keadaan itu mengakibatkan ribuan pengguna NPE terperangkap dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka berikutan air naik hingga 0.2 meter.
“Bagaimanapun, trafik kembali lancar selepas hujan reda dan banjir mulai surut,” katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment