Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Dua bot laut dalam, 14 awak-awak Vietnam ditahan ceroboh perairan



PASIR PUTEH 11 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua bot nelayan asing bersama 14 awak-awak warganegara Vietnam dalam satu operasi malam tadi, kerana menceroboh perairan negara.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan kira-kira pukul 8.30 malam di lokasi 138.9 kilometer dari muara Tok Bali dekat sini dengan cuba menyamar sebagai bot nelayan tempatan dan menggunakan nombor pendaftaran KNF 7832 dan KNF 7873.
Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati kesemua awak-awak dan tekong bot itu tidak mempunyai dokumen yang sah untuk menangkap ikan dan dipercayai memukat tunda secara ganding berhampiran pelantar minyak Cekerwala.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat pencerobohan bot dan nelayan asing itu daripada Unit Pesawat Bombadier 493 Maritim Malaysia.
"Bot Penggalang 18 bersama enam anggota diketuai Pegawai Earan II Maritim Mohd. Fauzi Ismail berjaya menahan bot KNF7832 bersama enam awak-awak selepas mengejar lebih setengah jam dengan cuba meloloskan diri ke sempadan perairan antarabangsa.
"Manakala Kapal Maritim (KM) Ligitan dalam Operasi Perkasa Timur diketuai Leftenan Maritim Elmi Shafiq Mad Shariff berjaya menahan bot KNF7873 bersama lapan awak-awak warga Vietnam yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang akhbar di Tok Bali, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_11/Dua-bot-laut-dalam-14-awak-awak-Vietnam-ditahan-ceroboh-perairan#ixzz2Q9R562cC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment