Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Dipenjara kerana hina pemerintah



BANDAR RAYA KUWAIT: Mahkamah Kuwait semalam menghukum penjara lima tahun ke atas ketua pembangkang dan bekas ahli Parlimen, Mussallam al-Barrak selepas dia dituduh menghina emir negara itu.

Barrak, seorang nasionalis, dituduh membuat kenyataan keterlaluan terhadap pemerintah negara kaya minyak itu, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, di sebuah perhimpunan, 15 Oktober lalu.
“Mahkamah menghukum penjara lima tahun ke atas defendan, Mussallam al-Barrak dengan serta seorang wanita,” kata hakim, judge Wael al-Atiqi di sini.

Salah seorang peguam Barrak, Abdullah al-Ahmad, berkata ‘keputusan itu tidak sah kerana melanggar prosedur undang-undang dan gagal memberi jaminan tertentu kepada peguam bela.

“Kami akan merayu keputusan itu di mahkamah rayuan,” katanya kepada media di luar mahkamah.

Minggu lalu, peguam bela keluar mahkamah selepas hakim enggan menerima permintaannya supaya mendengar keterangan saksi termasuk Perdana Menteri, dua ahli politik pembangkang dan beberapa orang lain.

Barrak meminta Atiqi menangguhkan perbicaraan itu sehingga dapat menggunakan peguam baru tetapi hakim menolaknya dan mahu prosiding diteruskan.
Keputusan itu diumumkan ketika kawalan keselamatan diperketatkan di luar dan dalam Istana Kehakiman.

Keputusan itu dibuat dua hari selepas pembangkang Kuwait mengancam akan melancarkan bantahan di jalan raya jika Barrak tidak diadili dengan adil dan dipenjarakan. AFP

No comments:

Post a Comment