Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

China penjarakan 4,170 ah long



BEIJING - Pihak berkuasa China menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun terhadap lebih 1,449 orang kerana terlibat dalam aktiviti pemberian pinjaman haram atau ah long, kata polis semalam.
Seorang pegawai Kementerian Keselamatan Awam China, Du Jinfu berkata, mereka antara 4,170 orang yang didapati bersalah sejak 2011 kerana melanggar undang-undang pinjaman di luar sistem perbankan pemerintah.
Aktiviti meminjam daripada ah long diamalkan secara meluas oleh peniaga-peniaga tempatan ekoran mereka sukar mendapatkan pinjaman bank.
Pinjaman haram itu diatur oleh orang tengah dengan sejumlah bayaran manakala peminjam pula membayar faedah tahunan sebanyak 70 peratus atau lebih.
Menurut agensi berita Xinhua, pasaran pinjaman haram di China dianggarkan bernilai antara AS$325 bilion (RM985 bilion) hingga AS$650 bilion (RM1.9 trilion) atau 7 peratus daripada keseluruhan pinjaman di negara itu.
Ramai individu di China menjadi ah long sambilan dalam usaha mendapatkan pulangan yang lebih lumayan berbanding menyimpan wang mereka di dalam bank. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2RcRjNFMN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment