Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Buru baki geng ‘Morning Glory’



Kuala Lumpur: Polis yakin dapat menumpaskan kumpulan samun bersenjata geng Morning Glory ekoran penahanan 11 anggota kumpulan itu termasuk seorang wanita manakala enam lagi masih diburu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, berikutan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan 19 kes jenayah samun, pecah rumah dan curi kereta mewah membabitkan 12 kes di Kuala Lumpur, lima kes di Selangor dan dua kes di Melaka.


“Tangkapan terbaru pada Isnin lalu, kira-kira jam 4.30 petang apabila seorang anggota kumpulan itu berusia 20-an ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah.

“Polis turut merampas tiga kenderaan curi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.


Sebelum ini, polis menyiarkan fotofit dan identiti kumpulan terdiri 17 ahli itu ekoran kematian salah seorang anggota kumpulan terbabit yang ditembak selepas tidak berpuas hati dengan pembahagian hasil samun sesama mereka.


Dalam kejadian 21 Mac lalu, seorang wanita ditemui polis dalam keadaan tergamam dan hanya mampu menangis apabila kekasihnya mati ditembak dalam kereta BMW di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.

Difahamkan, kumpulan itu terbahagi kepada lima kumpulan kecil dan melakukan samun antara jam 4 dan 11 pagi. Taktik digunakan ialah dengan masuk ke rumah mangsa dengan memakai topeng dan sarung tangan serta bersenjata parang.


Mereka yang masih diburu ialah Yong Kok Wai, 41, Sin Wei Kit, 26; Liew Wang Keng, 41, Foo Kim Lai, 36, Yang Kim Fook, 38 dan Leong Beng Hoe, 35.

No comments:

Post a Comment