Search This Blog

Tuesday, April 9, 2013

Bas pelancong jatuh gaung



Bangkok: Lima orang maut, termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan dan seorang wanita Belgium apabila sebuah bas pelancong terhumban ke lereng bukit di utara Thailand, kata polis semalam.

Seramai 53 orang lagi cedera dalam kemalangan didakwa berpunca daripada kerosakan brek kenderaan berkenaan. Ketua Polis Wilayah Phitsanulok, Sane Promrut berkata, bas berkenaan terhuyung-hayang beberapa kali di laluan lereng gunung itu sebelum merempuh penghadang di bahagian tepi jalan dan terhumban ke jurang curam..


“Daripada lima yang terbunuh, seorang daripadanya bayi lelaki dan tiga wanita, termasuk seorang warga Belgium berusia lewat 20-an,” katanya. Menurut Sane, bas itu dalam perjalanan dari wilayah Udonthani di timur laut Thailand ke Chiang Mai.

Katanya, bas itu terhumban ke gaung sedalam kira-kira 20 meter pada awal pagi. Sementara itu, sumber hospital berkata, ibu kepada bayi yang maut itu kini dalam keadaan kritikal kerana mengalami pendarahan dalaman.


Bapa bayi itu pula patah kedua-dua kakinya.


Mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki Belgium dan seorang lelaki Jepun. - AFP

No comments:

Post a Comment