Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

81 peratus rokok tiruan di Sabah



KOTA KINABALU – Sebanyak 81 peratus rokok yang dijual di Sabah merupakan rokok yang diseludup dan diklasifikasikan sebagai tiruan.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, lapan daripada 10 kotak rokok yang dijual di pasaran Sabah adalah tidak sah dan diseludup.
Menurutnya, rokok tersebut mengandungi kadar nikotin tinggi boleh mengakibatkan peningkatan penyakit kronik seperti kanser berbanding rokok di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
“Berdasarkan kajian rokok tiruan mengandungi bahan-bahan seperti rumput dan Sodastream iaitu sejenis penambah perisa yang mempunyai kandungan kimia tinggi,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Pacak II di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2QZbsFPDc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment