Search This Blog

Tuesday, April 9, 2013

26 polis hadapi dakwaan membunuh banduan di Brazil



09/04/2013 3:18am

SAO PAULO - Seramai 26 anggota polis tentera dihadapkan ke mahkamah di sini semalam kerana membunuh sejumlah banduan ketika rusuhan penjara terburuk di Brazil yang meragut 111 nyawa.
Semua anggota polis tentera berkenaan dengan kebanyakan mereka kini bersara, dipersalahkan berhubung kematian 15 banduan dalam operasi mematahkan rusuhan di Penjara Carandiru di sini pada 2 Oktober, 1992.
Insiden itu turut dikenali sebagai “Pembunuhan Beramai-Beramai Carandiru.”
“Jelas berlaku pembunuhan beramai-ramai. Semua banduan itu dibunuh tanpa mereka diberi peluang untuk mempertahankan diri,” lapor laman berita G1 yang memetik kenyataan seorang pendakwa raya, Fernando Pereira da Silva.
Semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi itu tidak cedera.
Selain 111 banduan yang terbunuh, sekitar 87 lagi banduan cedera dalam kejadian tersebut.
Secara keseluruhan, seramai 79 anggota polis tentera akan dibicarakan berhubung peristiwa berdarah itu.
Penjara tersebut yang disifatkan terbesar di rantau Amerika Latin menempatkan seramai 8,000 banduan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2PuhHnhuT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment