Search This Blog

Monday, March 11, 2013

Sebahagian mayat wanita dimakan anjing



Jakarta: Pihak berkuasa masih belum menemui keseluruhan cebisan mayat wanita yang menjadi mangsa pembunuhan suaminya.

Jurucakap polis berkata, suspek Benget Situmorang, mengaku membuang mayat isterinya yang dicincang di sepanjang Jalan Tol Cawang, manakala bahagian dalam pula di sungai di belakang Balai Bomba Ciracas, Jakarta Timur.


“Kami percaya sebahagian yang belum ditemui itu dimakan anjing,” katanya. Rabu lalu, polis menyatakan, Darna Sri Astuti disyaki dibunuh suaminya dan pihak berkuasa menahan dua suspek, masing-masing membabitkan suami mangsa dan seorang wanita lain.

Siasatan menunjukkan, Darna dibunuh kerana dia disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Pada 5 Mac lalu, sebahagian daripada cebisan tubuh Darna ditemui di tepi Jalan Tol Cawang. Jurucakap polis berkata, suspek menyesal membunuh Darna, tetapi dia mengaku menyimpan dendam terhadap mangsa sejak sekian lama.


“Darna enggan memberitahu siapa lelaki yang menjalin hubungan dengannya,” katanya. Menurut jurucakap itu, suspek mendakwa dia tidak mempunyai sebarang hubungan sulit dengan mana-mana wanita lain. “Seorang wanita yang ditahan itu cuba membantu suspek membuang potongan tubuh Darna, tetapi dia tidak membunuh atau memotong mayat mangsa,” katanya. - republika.co.id

No comments:

Post a Comment