Search This Blog

Wednesday, March 13, 2013

Bapa mengaku selalu pukul William dengan rotan


PETALING JAYA - Bapa kepada kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam bahawa dia tidak pernah meninggalkan anak-anaknya di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa kecuali pada malam kehilangannya pada 16 Januari lalu.
Yau Kok Kang, 33, yang bekerja sebagai mekanik berkata, sebelum ini dia atau isterinya, Goh Ying Ying, 27, akan bersama anak-anak jika salah seorang daripada mereka keluar dari kenderaan.
Dia juga menafikan ada memarahi William pada malam kejadian selain kanak-kanak itu juga tidak pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini.
Menceritakan kembali perangai anak keduanya itu, Kok Kang berkata, William tidak nakal namun mengaku selalu memukul mangsa dengan rotan untuk mendisiplinkannya.
Kok Kang yang menyambung prosiding inkues kematian William semalam mengaku tidak rapat dengan mangsa serta anak-anak lain kerana sibuk bekerja sebaliknya mereka lebih rapat dengan Ying Ying.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NOFvXZNG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment