Search This Blog

Wednesday, March 13, 2013

Pengerusi pangsapuri mati ditikam penduduk




ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi Kum Thong maut akibat ditikam seorang penduduk di Pangsapuri Taman Sri Idaman, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Gara-gara rasa tidak puas hati berhubung tunggakan wang selenggaraan rumah, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pangsapuri Taman Sri Idaman di Farlim dekat sini maut ditikam seorang penduduk semalam.
Mangsa, Liew Kum Thong, 33, ditemui beberapa penduduk dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kawasan siar kaki di tingkat bawah pangsapuri itu dengan kesan tikaman di badan kira-kira pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, suspek yang bersenjatakan pisau Rambo menunggu mangsa berhampiran tempat membuang sampah sebelum menyerang mangsa yang berjalan bersendirian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa yang tidak sempat melawan ditikam berkali-kali menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek yang juga penghuni rumah pangsa itu berdendam dengan mangsa ekoran kerap memintanya membayar wang selenggaraan yang tertunggak sejak awal tahun 2011.
“Kita sedang mengumpulkan bukti melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang diperoleh daripada pihak pengurusan pangsapuri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2NOFcfkRP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment