Search This Blog

Sunday, March 31, 2013

Pemandu maut leher tertusuk besi




BEGINILAH keadaan cermin kereta mangsa yang berlubang selepas sebatang besi terpelanting dari sebuah lori di Rantau, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila lehernya tertusuk sebatang besi sepanjang setengah meter yang terpelanting dari sebuah lori ketika sedang memandu di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, V. Inthirani, 50, maut di tempat kejadian.
Adik mangsa, V. Thilaga, 32, berkata, ketika kejadian, dia bersama kakaknya yang memandu kereta Perodua Viva dalam perjalanan dari Rantau untuk pulang ke rumah di Taman Bunga Sejati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan yang tidak membawa muatan.
"Sebaik berselisih, saya melihat satu objek panjang berwarna hitam tiba-tiba terpelanting dari lori terbabit sebelum ia menembusi cermin hadapan kereta kami menyebabkan kereta kami terpusing sebelum berhenti di tepi jalan.
"Kemudian saya lihat kakak berlumuran darah sambil memegang besi yang terpacak di lehernya," katanya.
Melihat keadaan mangsa yang nazak, dia menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk datang membantu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2P5TAg02Z 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment