Search This Blog

Saturday, March 23, 2013

Pemandu lori, kelindan maut

Pemandu lori, kelindan  maut
Anggota bomba mengeluarkan Mat Rahim yang tersepit dalam nahas di Kilometer 116.5 Jalan Jeli- Gerik, semalam. - Foto Kamal Majid Kenderaan lima tan sarat muatan gelung dawai terbabas lalu terbalik

Jeli: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan lima tan sarat muatan gelung dawai dipandunya terbabas lalu terbalik di Kilometer 116.5 Jalan Jeli–Gerik, di sini.
Dalam kejadian jam 12 malam kelmarin itu, pemandu iaitu Mat Rahim Hamzah, 29, dan kelindannya Wan Abd Azis Wan Husin, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Abang tiri Mat Rahim, Che Mah Derahman, 49, berkata beliau sempat bertemu arwah sebelum adik tirinya bertolak ke Alor Setar, Kedah untuk mengambil stok gelung dawai berkenaan.

Katanya, sebelum bertolak dari rumah di Kampung Padang Kijang, Alor Pasir, Tanah Merah, beliau ada berpesan supaya memandu berhati-hati.

Mahu memiliki kereta

“Sebelum kejadian ini berlaku, beliau agak pendiam berbanding biasa. Beliau juga beriya-iya mahu memiliki kereta,” katanya.
Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.

Pegawai Bomba Kanan Satu, Bomba dan Penyelamat Jeli, Mat Yusoff Hamat, berkata anggotanya mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar, mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

No comments:

Post a Comment