AMSTERDAM  - Sebuah suruhanjaya sedang menyiasat kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak perempuan yang dilakukan oleh paderi di Gereja Roman Katolik di Belanda.

Siasatan susulan itu dibuat selepas laporan sebelum ini mendapati budak lelaki yang ditempatkan di sekolah berasrama juga menjadi mangsa penderaan sama.

Difahamkan, suruhanjaya diketuai oleh bekas Datuk Bandar Hague, Wim Deetman itu juga telah mengambil tindakan segera dengan melaporkan sebilangan kes penderaan kepada polis.

Hasil siasatan awal suruhanjaya tersebut pada Disember 2011, dianggarkan lebih 20,000 kanak-kanak dicabul di institusi tersebut antara 1945 dan 2010. - AP