Search This Blog

Monday, March 11, 2013

Bapa, bayi maut kemalangan




ORANG ramai melihat kereta Proton Wira Aeroback milik Nor Shahrizan yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Jempol semalam.


JEMPOL – Seorang bayi lelaki dan bapanya maut selepas kereta yang dinaiki bersama empat yang lain dirempuh sebuah lori di Jalan Besar Felda Palong Satu dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, Muhammad Danish Farhan Nor Shahrizan berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas sementara bapanya, Nor Shahrizan Nordin, 32, meninggal dunia pukul 2.45 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.
Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah lori dipercayai gagal dikawal lalu melanggar kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Nor Shahrizan dari arah bertentangan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, enam beranak tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Pasir Besar ke rumah mereka di Felda Palong Lapan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori satu tan yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta mangsa,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NE3Zwmkl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment