Search This Blog

Wednesday, March 13, 2013

Amah lambung bayi diarah jalani pemeriksaan mental




YULIANA (tengah) diarahkan menjalani pemeriksaan mental oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.


KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam yang mendengar rayuan kes pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mendera bayi majikannya Februari lepas, mengarahkan dia dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru selama tiga bulan bagi menjalani pemeriksaan mental.
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya mengarahkan pembantu rumah itu, Yuliana, 23, diperiksa pakar sakit jiwa setelah mengambil kira laporan perubatan Hospital Medan, Indonesia bahawa dia pernah mendapat rawatan mental di hospital itu lapan tahun lepas.
Beliau berkata, mahkamah turut mendapati seorang daripada anggota keluarga wanita itu turut mengalami sakit mental.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2NOEw4QxG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment