800 saman kerajaan Jepun, Tepco
Sekumpulan penduduk sedang bertafakur semasa memperingati ulang tahun ke-2 bencana berganda di Iwaki, Fukushima, kelmarin. Foto: Reuters
TOKYO - Kira-kira 800 mangsa terselamat dalam insiden bencana berganda di Jepun memfailkan tuntutan kepada mahkamah, kelmarin  bagi mendapatkan ganti rugi selepas negara itu terdedah dengan kebocoran radiasi.

Mereka menuntut pampasan berjumlah 50,000  yen (RM1,600) sebulan daripada kerajaan dan Tokyo Electric Power (Tepco) sehingga keadaan di kawasan loji nuklear Fukushima disahkan benar-benar pulih.

Peguam yang mewakili ratusan plaintif tersebut menyatakan tuntutan ganti rugi itu adalah untuk kesan psikologi yang dialami oleh mereka sejak dua tahun lalu.

"Menerusi kes ini, ia jelas menunjukkan Tepco bertanggungjawab menyebabkan kebocoran radioaktif tersebut dan kerajaan pula didakwa gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya,"menurut kenyataan itu lagi. - AFP