Search This Blog

Monday, March 11, 2013

2 remaja lemas di pantai Desaru



11 Mac 2013
KOTA TINGGI – Dua remaja dipercayai lemas di pantai awam Desaru ketika sedang bermandi-manda bersama dua lagi rakannya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas dibawa arus ketika mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 11.00 pagi.

Menurutnya mayat mangsa, Lee Vui Xxen, 19, ditemui pada jam 1.10 tengah hari manakala mayat rakannya Wong Yee Kin, 18, ditemui kira-kira 18 minit kemudian, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Difahamkan dalam kejadian itu Yee Kin cuba menyelamatkan Vui Xxen yang tiba-tiba dibawa arus, namun begitu dia gagal dan hilang bersama rakannya.

“Ekoran itu satu laporan telah dibuat oleh seorang pengawal keselamatan pantai awam Desaru tersebut. Operasi mencari mangsa oleh anggota bomba dan polis marin telah dijalankan sehinggalah mayat itu ditemui.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk disemadikan di Taman Kota Masai, Johor Bahru selasa ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment