Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Tembak mati 3 orang sebelum bunuh diri



Los Angeles: Seorang lelaki menembak mati tiga orang di California semalam, termasuk seorang daripadanya secara dekat, sebelum membunuh diri.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dia lagi mangsa cedera selepas penyerang melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan di jalan raya.


Jurucakap polis daerah Orange, Jim Amormino berkata, suspek dikenali sebagai Ali Syed, 20, yang menganggur, tiada rekod jenayah dan tinggal bersama ibu bapanya.

“Dia mengikuti pengajian di kolej tempatan,” katanya.


Kata Amormino, motif serangan masih dalam siasatan.


Secara keseluruhan, katanya, Ali melakukan tiga pembunuhan dan lima cubaan membunuh.

“Suspek seorang pemuda yang kesunyian dan tidak ramai kawan,” katanya.


Mangsa pertama Ali ialah seorang wanita yang ditembak pada awal pagi di rumah keluarga suspek di Ladera Ranch.

Amormino berkata, mangsa tiada kaitan dengan keluarga Ali dan identitinya sedang dikenal pasti. “Ali kemudian melarikan diri menaiki kenderaan pelbagai guna sebelum melarikan kenderaan lain beberapa kali,” katanya.


Jurucakap polis Tustin, Paul Garaven berkata, dalam satu daripada tindakannya, Ali “sangat sopan” ketika dia mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membiarkannya memandu.


Kata Garaven, Ali memberitahu pemilik kenderaan itu: “Saya tak mahu mencederakan anda. Saya baru membunuh seseorang dan ini hari terakhir saya. Beri saya kunci kenderaan anda.” - AFP

No comments:

Post a Comment