Search This Blog

Wednesday, February 13, 2013

Semua berperanan elak koc wanita diceroboh



Kuala Lumpur: Kerjasama dan kesedaran dalam kalangan masyarakat sangat penting untuk mengatasi masalah koc wanita dalam perkhidmatan komuter diceroboh pengguna lelaki.

Pengurus Besar KTM Komuter Mohd Hider Yusoff berkata, semua pihak tidak kira pengguna wanita dan lelaki perlu berperanan dalam memastikan koc wanita selamat hanya untuk golongan wanita.


“Tujuan koc wanita ini diwujudkan adalah mahu memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna wanita khususnya. Jadi, lebih penting kerjasama semua pihak sangat dititikberatkan supaya menghormati kemudahan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sikap segelintir pengguna lelaki tidak bertanggungjawab masuk dalam koc wanita menimbulkan rasa kurang selesa pada pengguna wanita. Malah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku berulang kali.


“Tanda peringatan seperti pelekat yang diletakkan di koc terbabit sudah mencukupi. Begitu juga, pengumuman dibuat untuk memberi peringatan pada pengguna lelaki,” katanya.


Mohd Hider berkata, pihaknya sukar untuk menempatkan setiap koc wanita mempunyai kakitangan KTM Komuter memandangkan bilangan mereka tidak mencukupi dan jumlah 200 perjalanan sehari.

“Kami hanya boleh meminta pengguna memahami dan mematuhi peraturan koc wanita hanya untuk golongan itu. Pengguna perlu main peranan dan menghormati pengguna lain,” katanya.


Katanya, KTM Komuter tidak mengenakan tindakan seperti denda pada pesalah pengguna lelaki, tetapi menasihatkan pengguna wanita menegur pengguna lelaki yang masuk dalam koc wanita.

No comments:

Post a Comment