Keadaan kereta jenis Wira Aeroback yang hangus terbakar selepas dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit dekat Bukit Merah. |
Anehnya, polis dan bomba tidak menemui pemandu atau penumpang kereta dalam kejadian itu dipercayai jam 5.30 pagi.
“Kereta berkenaan lebih 90 peratus musnah termasuk nombor pendaftarannya sekali gus menyukarkan siasatan. Polis sudah meminta bantuan bomba untuk memadamkan kebakaran.
“Kami percaya pemandunya tidak cedera dan berjaya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Oleh itu, saya menyeru pemilik kereta membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Cedera ringan
Sementara itu, di Bagan Serai, seorang pemandu treler yang membawa muatan gas cecair cedera ringan apabila kenderaan dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum menjunam ke dalam parit di Kilometer 105.3 Jalan Ipoh-Butterworth dalam kejadian 9.30 malam kelmarin.
Mangsa Lai Thing Lai, 65, dalam perjalanan dari arah Taiping ke Parit Buntar dikatakan hilang kawalan akibat cuba mengelak orang awam yang melintas di kawasan itu untuk menghadiri satu ceramah agama berhampiran tempat kejadian.
Fauzi berkata, pemandu treler dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik kesihatan berhampiran.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arifin, 32, berkata ketika kejadian, dia berada di kawasan berhampiran kerana menghadiri satu ceramah agama.
No comments:
Post a Comment