Search This Blog

Monday, February 4, 2013

Polis siasat tulang dalam kereta terbakar

Anggota  forensik  menyiasat serpihan tulang  yang ditemui dalam kereta yang dibakar berhampiran   Alam Impian, Shah Alam.
Anggota forensik menyiasat serpihan tulang yang ditemui
 dalam kereta yang dibakar berhampiran
Alam Impian, Shah Alam.
 Shah Alam: “Saya terkejut mengetahui ada tulang di dalam kereta yang sudah terbakar sejak beberapa hari lalu.

“Saya ingatkan kereta itu sengaja dibakar individu yang tidak bertanggungjawab,” kata seorang penduduk mengenai kejadian penemuan tulang di dalam sebuah kereta Proton Waja di Seksyen 35, Alam Impian, petang kelmarin.
Mengikut lelaki itu yang enggan dikenali, selain gelap, kawasan tempat kereta itu terbakar memang sunyi terutama waktu malam kerana kawasan perumahan berhampiran masih baru dan tidak ramai penduduk.



Rungkai misteri

Katanya, kehadiran polis dan pasukan forensik di tempat kejadian merungkai misteri kereta yang terbakar sejak beberapa hari lalu dan menjadi bualan penduduk setempat kerana ada di antara mereka yang mendakwa terdengar bunyi letupan dipercayai berpunca daripada kereta berkenaan yang terbakar.

Polis belum dapat mengesahkan sama ada tulang manusia atau haiwan yang ditemui di dalam kereta itu yang dilaporkan hilang bersama pemandunya sejak 31 Januari lalu di Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan kereta terbakar daripada penduduk kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Belum sah tulang manusia

Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati kereta berkenaan sudah terbakar sejak beberapa hari lalu dan siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui serpihan tulang.

“Bagaimanapun, polis sekali lagi pergi ke tempat kejadian petang kelmarin dan menemui serpihan tulang di bawah bumbung kereta yang sudah jatuh akibat dibakar.

“Serpihan tulang ditemui di tempat duduk pemandu tetapi polis tidak dapat mengesahkan sama ada tulang berkenaan adalah tulang manusia ataupun haiwan kerana tidak menemui tengkorak di dalam kereta berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment