Search This Blog

Wednesday, February 13, 2013

PERHILITAN siasat



Kuantan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang tidak menolak kemungkinan tiga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, Jerantut, baru keluar daripada berburu di hutan berhampiran.

Pengarahnya Khairiah Shariff berkata, hasil laporan diterima, anggotanya yang keluar membuat rondaan di kawasan hutan di Ulu Tembeling memaklumkan terserempak kenderaan dinaiki mangsa menghala jalan utama.


“Kami setiap hari membuat rondaan kerana kawasan terbabit lokasi sering dikunjungi pemburu. Anggota kami terserempak dengan kenderaan dinaiki mangsa, namun tidak sempat menahan mereka.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment