Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Pengawal keselamatan cuai






PETALING JAYA – Tiga perompak bersenjatakan alat renjatan elektrik mengambil kesempatan melarikan RM2.2 juta daripada sebuah van keselamatan ketika tiga pengawal keselamatan syarikat itu singgah di sebuah medan selera semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian pada pukul 10 pagi di hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini itu berlaku ketika van itu dalam perjalanan untuk menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara.
“Di pertengahan jalan, mereka telah singgah di sebuah medan selera. Dua pengawal kemudian pergi membeli makanan manakala pemandu van tersebut menunggu di luar kenderaan itu.
“Tidak lama kemudian, tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan alat renjatan elektrik menyerang dan menumbuk muka pemandu van berkenaan sebelum mereka merampas beberapa karung wang di dalam van lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard berwarna putih,” katanya sambil memberitahu mangsa cedera ringan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2LTtaTo2p 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment